Duda Pujaan Dara Episod 4 preview 7 September 2017 Slot Mega Drama Astro Ria
» »

img-responsive zoom-imgimg-responsive zoom-imgimg-responsive zoom-img
JUDUL : DUDA PUJAAN DARA EPISOD : 12 episod TARIKH TAYANGANN : Mulai 4 September 2017 HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam SIARAN : Astro Ria 104 & HD 123 PENULIS NOVEL : Hanny Esandra SKRIP : Rehal Nuharis PENGARAH : Jamal Khan TERBITAN : Suhan Movies & Trading PELAKON : Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Rania Humairah, Isyariana, Nazierah Amin, Aprena Manrose, Kuna Muzani, Rahim Jelani, Betty Banafe, Zazly Baginda, Farisha Irwayu, Syafiq Nazri, Jasmine Ashraff, Nurul Hijanah, Rozilawati, Ahmad Zulhilmi WATAK PELAKON Kamal Adli sebagai Tengku Razeen Zahirah Macwilson as sebagai Ainee Marwah Rania Humairah sebagai Tengku Rafanda Aprena Manrose sebagai Dora Isyariana sebagai Airis Nazierah Amin sebagai Amyza Kuna Muzani sebagai Puan Najla Zazly Baginda sebgai Haji Omar Betty Banafe sebagai Tengku Wilma Farisha Irwayu sebagai Hajah Zauyah Syafiq Nazri sebagai Afef Zaqwan Rahim Jelani sebagai Tengku Aminuddin Jasmine Ashraff sebagai Zulfah LAGU TEMA / OST DUDA DUDA PUJAAN DARA Tajuk : Tak Malu Penyanyi : Farisha Irish SINOPSIS DUDA PUJAAN DARA Si dara yang bercita-cita mahukan si duda. Katanya duda banyak pengalaman. Pelik-pelik sahaja impian Ainee Marwah. Lalu, Ainee Marwah bertemu dengan Tengku Razeen. Si duda yang mempunyai anak satu. Dia merupakan bos di tempat kerja Ainee Marwah. Seorang lelaki yang sudah kematian isteri dan mahu mencari pengganti demi anak tercinta, Tengku Rafanda. Sikap Ainee Marwah yang gedik mahukan duda mana boleh ditahan-tahan. Maka, dia rancang bermacam-macam cara untuk pikat si duda pujaan. Senyum sudah, langgar bahu sudah, main mata sudah, malah jatuh tergolek pun Ainee Marwah sanggup demi mahu menarik perhatian Tengku Razeen. Usaha bagai nak rak, tetapi lelaki itu tetap kaku macam paku. Muka ketat pakai skru. Lagi yang buat Ainee Marwah sakit hati, Tengku Razeen cair hati pula bila bersama dengan Dora yang Ainee Marwah gelar Doraemon! “Botol kicap, botol cuka. Saya ni bermimpi ke?” - Ainee Marwah “Kain sutera, kain guni. Saya tanya betul-betul ni.” - Tengku Razeen Rasa mahu berhenti jantung Ainee Marwah bila Tengku Razeen tiba-tiba melamarnya. Bercinta dengan Dora, tapi dia yang dilamar. Fuh! Mencabar rupa-rupanya berkahwin dengan lelaki bergelar duda. Ikan kembung, ikan yu. I love you… - Ainee Marwah Pengkalan Batu, Pengkalan Chepa. I love you tu apa? - Tengku Razeen Sakitnya hati bila suami tidak romantik. Tapi, Ainee Marwah tidak berputus asa. Kalau sebelum kahwin dia sudah nakal, selepas berkahwin bertambah nakal. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk beli hati Tengku Razeen.
Thanks for downloading "video Duda Pujaan Dara Episod 4 preview 7 September 2017 Slot Mega Drama Astro Ria"
Related Videos
Last Search :